Masa ini adalah masa yang baik bagi mereka yg ingin membuat pelaburan dalam bentuk emas. Memang harga emas kini tidak menentu ada ketika naik dan ada ketika turun,namun ia tetap menguntungkan kenapa? Sebenarnya ia akan terus naik kerana logam spesis ini bukan mudah ditemui dan kos untuk perlombongannya juga ratusan juta ringgit. Harganya akan terus naik dan naik lagi. Jika tak beli dari sekarang kita akan merindui harga ini yang tidak akan kita perolehi lagi. Saya sebagai pembeli dan juga penyimpan/pelabur dapat merasai perubahan nilai emas dari masa ke semasa. Memang ternyata benar hadis nabi yang mengatakan " beurusniagalah kamu dengan emas dan perak sesungguhnya ia mengguntungkan lagi barakah" .
Dengan menggunakan pemikiran yang tidak berapa mendalam ini saya dapat merasakan keuntungannya,Contohnya saya pernah membeli bangle/gelang berharga rm 350 pd tahun 1996 jual pd 2011 dgn harga rm 1490. Rantai leher yang nilainya rm 1140 pd tahun yg sama. kini harganya meningkat ke rm 4760. Memang tak rugi jika kita beli dan bersabar, insyallah ada rezeki dan ada barakahnya. Bagi mereka yang berkemampuan dan berlebih rezekinya menyimpanlah dalam bentuk emas/dinar dan yang kurang berkemampuan simpanlah dalam bentuk dirham/perak,simpanlah dikit-dikit lama-lama menjadi bukit. Bila tiba masa emas meningkat dan melambung ketika itulah kita jual, simpan sedikit dalam bentuk tunai dan selebihnya beli emas semula untuk pelaburan seterusnya.Jika ada hutang boleh gunakannya untuk bayar hutang.
Prinsipnya mudah beli ketika murah dan jual ketika harganya tinggi...itu sahaja..Untungkan... tapi ingat kena sabar dan selalulah bersedekah ia umpama mencantas pahon kayu ,lagi di cantas tumbuhnya lagi merimbun,begitulah lagi banyak kita bersedekah lagi banyak yang kita perolehi dari Ilahi, insyallah rezeki kita akan sntiasa mencukupi..Kita berusaha, berdoa dan bertawakal selebihnya urusan Allah SWT. Ok selamat bertemu kembali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada hadirin yang mengenali saya serta sahabat blog yang saya hormati. Wassalam.
Sembang_sembang Ilmu dan Amal
Hayatie Sabrie (011-23687785)
